Pages

banner

Followers

Friday, July 16, 2010

~ Sesi Rileks Minda 28 ~

Penyamun

Ketika balik dari bekerja shift malam, Azwan telah diserang hendap oleh seorang penyamun.Kerana tidak mahu mengalah, Azwan cuba melayan penyamun itu. Tapi, Azwan kalah dan penyamun itu terus menyeluk kedalam sakunya untuk mencari duit dan barangan yang berharga. Apa yang dijumpai hanyalah duit RM 1.00 ! Pencuri itu tidak berpuas hati, lalu bertanya kepada Azwan

Penyamun : Kau bergelut bermatian dengan aku kerana semata-mata nak selamatkan RM 1.00 ini saja?

Azwan : Laaa... kau cuma hendak RM 1.00 tu je ke? Aku ingatkan kau nak rompak duit RM1000.00 yang aku sembunyikan dalam kasut aku ni.


Sad Ending

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..




Penyelam
Suatu hari ada seorang penyelam sedang menyelam di dalam lautan. Dia menyelam dalam kedalam 20 kaki bawah paras air. Sedang die menikmati permandangan di dalam lautan tersebut, die terserempak dengan seorang lelaki berenang pada kedalaman yang sama dengan nya. Yang peliknya beliau langsung tidak mempunyai kelengkapan menyelam.

Penyelam tersebut menyelam ke dalam 10 kaki lagi dan lelaki tersebut mengikuti nya seminit kemudian. Kemudian penyelam itu menyelam sedalam 15 kaki pula dan seminit kemudian lelaki tersebut pun muncul. Penyelam itu mengeluarkan papan kapur kalis air dan menulis kepada lelaki tersebut bagaimana anda menyelam tanpa kelengkapan oksigen?? Dan lelaki tersebut memadam apa yang penyelam itu tulis lalu menulis "aku lemas la bongok!!!" 


P/S: Harap minggu Depan Minggu yang Bertuah....^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin