Pages

banner

Followers

Showing posts with label Motivasi/Renungan. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

~ Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke ~

Haa..... tengok tajuk entri macam bahasa jepun ja kan.... ^_^ yang sebenarnya memang bahasa jepun pown hehe! perkataan-perkataan tersebut merupakan salah satu kaedah pengurusan yang akan/sedang dilaksanakan di pejabat aku sekarang ni. Amalan 5S ini dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas & selamat....Jadi sekarang ni pejabat yang aku bekerja sedang dalam proses untuk melaksakan Amalan 5S ni la..

Matlamat Amalan 5S
Mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

Apa itu 5S??

1. Seiri = Sisih 
Pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.

2. Seiton = Susun 
Kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan & selamat.

3. Seiso = Sapu 
Tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan.

4. Seiketsu = Seragam 
Sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturanya. Dilaksanakan dengan mewujudkan keseragaman prosedur,susun atur & piawai.

5. Shitsuke = Sentiasa Amal
Usaha mengekalkan 4 amalan 5S yang di atas di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di Premis Jabatan/Agensi.

Budak nie Pulun duk mewarna.....Hehe!

 Nie Laci setelah dilabel........

 PC pown kena jugak........huhu~

Ruang Pejabat di mana Mikro kerja... Perasan dak dekat lampu tu ada 'tag' jugak.... hahaha!
 
P/S : Sebab apa aku buat entri pasal benda nie... ??? Haa.. Sendiri Pikir la....

Monday, July 26, 2010

~ Sebelum & Selepas : Cinta, Kasih, Sayang & Hati.... ~

CINTA :

(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I  = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :

(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :

(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

Tetapi yang seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggungjawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

P/S : Sekadar Teladan Untuk di masa hadapan...^_^

Tuesday, July 6, 2010

~ Mahalkah Harga Sebuah Kereta dari Harga Seorang Anak ? ~

Di pejabat tadi... aku saja la selongkar peti masuk e-mail aku... tetiba terjumpa cerita ni. Aku rasa cerita nie menarik, jadi aku nak kongsikan untuk renungan kita bersama....^_^
 
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai diatas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya,bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ketempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri,lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran,berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit...

'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar... Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan..

'Tak tahu... !'

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri pula.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata...

'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, antara setuju dan takut pada suami dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan
kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Sipembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.

Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anak bengkak. ..

'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya, sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.

'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata berkata...

'Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah... sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya  bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya..Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

P/S: Cerita di atas adalah untuk tatapan serta renungan kita bersama saja ok...!!!

Friday, May 7, 2010

~ Warkah dari anak yang tak degil lagi... ~

Sekeping warkah yang menggunakan bahasa yang santai, tetapi penuh makna yang boleh dipelajari.. Aku dapat ni melalui email dalam 3 4 tahun lepas la.... Warkah ini adalah untuk tatapan kita bersama bersempena 'Hari Ibu' dalam bulan neh......Selamat membaca :)
 
 WARKAH BUAT IBU...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni
Sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk,
tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat
gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak
seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu Siaran siam..... kengkadang
siaran indonesia...mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang
telah
mak siapkan tu di gunakan untuk
mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak
bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam
almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat
dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam
gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila
mak bgtau duit dalam gulung tikar... kiter kata mak ni memang pesenn
lama laaa... mak cuma gelak jer... eemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak
dan
abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pi
hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk... Mak kata mak
takmau duduk dalam hospital..... tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti
di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya
mampu
sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju.....mak memang
degil... tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi
akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut
sampai
nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga
mak
ke hospital.....

Mak.....
ampunkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir
kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan
gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya
ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan
banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kiter
sampai.....mak buat kenduri
kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden
Terlanggar kelinn naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan Sesekali bgtau
kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta
dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya
kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter
kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu
mak
kan...ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain
putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca
doa
untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut
itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn Mak tau tak.... Pagi tu
balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh
sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak
berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi
di
jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai
juga... disebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu
lenggang..kosong....sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa
kedinginan subuh itu lain benar suasananya..... terasa syahdu dan sayu
gitu...dinginnnn....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik
yang
mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk...jangan
nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila
makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal
supaya tak menitik Atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca
yassin
untuk mak.mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali
terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa
tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat
dahi
makk..... Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya.... kiter
tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter
tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam
solat
jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite
sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula
dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu...cuma akak sorang
saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam
jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan
kawan-kawan....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa
lagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat
dibendung... Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri
tapi
tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan akhirnya dalam sedu sedan
itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis
lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa
nangis
aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat
sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab
malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari
anak2
nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk
sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai
sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter
berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai
masuk sekolah.. sampai masuk universiti.. sampai kiter boleh rase naik
kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... Sampai akhir
hayat
ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih.
Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil 

P/S : Layan... Aeman - Buatmu Ibu....Ingatlah orang yang tersayang...........^_^

LinkWithin