Pages

banner

Followers

Saturday, May 22, 2010

~ Sesi Rileks Minda 14 ~

Diskaun Hukuman.

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap
seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman
penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat
undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang.
"Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya,
tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami
diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"


Tumpang Lalu Je....

Satu pagi di stesen keretapi... Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang,
yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang,
yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak,
ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan... ? Terimakasih banyak-banyak.
Makcik tumpang lalu ye..."
  

Gempa Bumi.

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat
sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik!
Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan
dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini.
Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun.
Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini
tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda
gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya.
Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia
pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli
ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut.
Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana
waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus
memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit..
tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak
kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak
merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya!
Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

P/S : Berharap segalanya baik-baik saja........... :I

2 comments:

LinkWithin