Pages

banner

Followers

Monday, May 10, 2010

~ Panduan Memilih Bakal MeNaNtu!! ~

Saupi menaiki kereta api ke KL. Penumpangnya agak sesak. Antara penumpang yang ramai tu ada seorang tua yang duduk di sebelahnya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Saupi bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, sekarang pukul berapa?"

Orang tua tersebut tidak menjawab. Saupi pikir, mungkin orang tua ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata. Saupi dengan agak geram mencuit orang tua tersebut & berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya. Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tak mau jawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab tentang lain-lain perkara pulak. Dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Saupi termangu mendengar kata-kata orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu menjawab, "Apabila kita bertambah mesra, nanti apabila dah sampai ke stesen, nanti kita akan turun bersama-sama. Kemudian, saya pasti akan memperkenalkan kamu kepada anak gadis dan isteri saya yang datang menjemput saya."

"Isteri saya orangnya baik sekali. Takut nanti dipelawanya kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi & berehat di rumah saya. Kami juga akan menjamu kamu di rumah saya. Setelah itu kamu jadi rapat dengan anak gadis saya & kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama kelamaan kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Saupi menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya, "Pakcik, apa hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama tadi? Saya cuma nak tahu sekarang ni pukul berapa?"

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang, "Masalahnya? Masalahnya AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"

AddduuuHH, jauh sungguh pemikiran orang tua ni. Sungguh futuristik!

P/S : ^_^ ke ada bakal mertua macam tu????? kalau ada, aku kena beli jam la lepas nie...wakakaka!

3 comments:

  1. salam kenal sobat dari http://aby-umy.blogspot.com/

    kalau ada waktu singgah lah ke blog saya.. :)

    ReplyDelete
  2. hohohoho....ada gak org pk smp cm 2 ek..

    ReplyDelete
  3. hahahahahaahhaahahhhaha
    sumpah lawak! hahahahaha
    n i like all ur story :)

    ReplyDelete

LinkWithin