Pages

banner

Followers

Wednesday, April 21, 2010

~ Sesi Rileks Minda 9 ~

JANDA YANG DAHAGA
Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)

PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR
Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.
Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab? 
Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.
Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?
Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia? Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor?
Doktor: ???
P/s: Kalau anda juga tidak dapat menjawab soalan doktor itu bermakna anda juga...

KURA-KURA TIGA BERSAHABAT
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka. 
Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?" Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
 Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
 Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."
 Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "Kalau 3 jam?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "Kalau 1 hari?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "3 hari?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "5 hari?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "1 minggu?"
 Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
 Kekura III: "2 minggu?"
 Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."
 Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik.
 Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.
 Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
 Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."
 Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? kan?!!!"

P/S : Berblogging sebelum tido......ZZzzzzzzzz (Gambar Sekadar Hiasan)

1 comment:

LinkWithin