Pages

banner

Followers

Thursday, April 8, 2010

~ Nilai RM 20.....~

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.
Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgitdari ayah?Si ayah mula menjadi berang dan berkata,

"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?
Nakbeli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..
tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknyabenar-benar memerlukan duit untuk
keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyaksebelum ini.Dengan perasaan bersalah,
si ayah melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit
yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah adaduit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayahbagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit
kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni.
Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok.
Aminrindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

P/S : Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka-mereka yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..Bayangkan...kalau kita mati.. nanti majikan kita akan senang-senang cari orang lain..gantikan kita.Tapi..keluarga, rakan-rakan yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka...Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

No comments:

Post a Comment

LinkWithin