Pages

banner

Followers

Friday, April 23, 2010

~ Sebelum..... &....... Selepas ~

Ok, kali nie aku nak kongsikan berkenaan 'Sebelum & Selepas'.... Kita ni biasanya sebelum dapat sanggup buat apa saja, lautan api sanggup direnangi. Perghhh..dasat tu! Tapi bila dah dapat, huhu!...punya la susah nak dijaganya. Itulah manusia (tp...tak semua kot...), bila dah terlepas baru nak menyesal. haa.. apa yang sebelum, dan apa yang selepas tu??? nak tau baca di bawah nie.........

1)
-SEBELUM
Selamat hari jadi sayang, moga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan percintaan kita kekal abadi.

-SELEPAS
Apa hari jadi?Awak ni dah tak malu ke dah tua-tua pon nak sambut hari jadi?Apa hadiah?...
Heiii...awak ingat saya ni santa claus ke nak bagi hadiah??

2)
-SEBELUM
Kenapa ni darling?you dari semalam tak ada selera nak makan.You sakit ke?
Nak I bawak pegi klinik atau you nak makan kat hotel?Cakaplah kat mana pun I sanggup belanja asalkan you mau makan.

-SELEPAS
Elokla tak nak makan.Badan awak tu pon dah macam belon panas saya tengok.
Nanti kalau kene gastrik,tu ha klinik dekat je tuh.Pegila sendiri.Kunci moto ada atas meja tu.

3)
-SEBELUM
Ala...tak apa la you baru lambat sejam aje.Kalau 10 jam pun I sanggup tunggu. You kan kekasih hati I, untuk you I tak kisah sayang.

-SELEPAS
Dah 10 minit saya tunggu tau tak..heiii...awak ingat saya ni ape,jaga?Lain kali kalo
lambat jalan kaki,malas la saya nak menunggu..masa tu emas tau!

4)
-SEBELUM
MMMM....sedap la lauk yang you masak ni.Dari mana you belajar macam kat hotel rasanya..
bertuah la I dapat orang cam you ni.

-SELEPAS
Ini apa rasa lauk yang awak masak ni? masin nak mampus!Macam ni boleh kene darah tinggi ni.
awak ni nak membunuh saya ape? lain kali jangan masak la,menyakitkan ati aje..

5)
-SEBELUM
Sayang...you tau tak...kalo sehari I tak dapat menatap wajahmu bagai seribu tahun rasanya.. tak lena tidur dibuatnye.Wajahmu menenangkan hatiku.

-SELEPAS
Saya ni kalo hari-hari tengok awak ni boleh jadi gila tau!! Sudah la,saya nak pegi mancing nih!

P/S : Jadi, macam mana??? Betul atau Tidak?? Anda Tentukan......... ☺

2 comments:

LinkWithin