Pages

banner

Followers

Saturday, April 23, 2011

~ MiniGath a.k.a Gath Raya hahaha! ~


Taman Pauh Jaya, Hari ini (23/04/2011) - Terdapat sekumpulan blogger-blogger yang menggelarkan diri mereka sebagai "Kami Blogger Utagha (KBU) " telah mengadakan satu perjumpaan yang melibatkan hampir 30 orang blogger (agak2 ja neh :p) dekat sini, pagi tadi. Adalah dimaklumkan juga bahawa perjumpaan tersebut dibuat bertujuan untuk meraikan geng KBU iaitu Onie Iyoko, Tatia Bulat & Erika rain yang akan berangkat pulang ke kampung/bandar halaman masing-masing setelah selesai sesi pengajian mereka di IPTA yang berdekatan serta meraikan ulang tahun kelahiran Adam Zulhilmi yang ke-....( lupa la pulak )

Majlis tersebut telah bermula seawal jam 11 pagi (aku sampai 11.30 kalau tak silap). Setibanya di tempat kejadian, kelihatan beberapa orang perempuan/wanita/gadis sedang melakukan sesuatu di luar rumah. Setelah siasatan dibuat, didapati mereka sedang memanggang ayam untuk dihidangkan kepadaahli-ahli KBU yang telah dijemput. Kelainan yang dapat dilihat pada majlis tersebut adalah setiap ahli yang hadir digalakkan membawa buah tangan ( makanan ) untuk dijadikan hidangan. Antara kelainan lain adalah, setiap ahli yang hadir perlulah berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu berbaju melayu bagi blogger lelaki dan berbaju kurung bagi yang perempuan. Tahap peratusan yang telah mengikut tema adalah amat memberangsangkan iaitu melebihi 90%. Ini menunjukkan kesemua ahli-ahli KBU sepakat & bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Lebih kurang jam 2.00 petang, Jamuan bagi majlis yang berkenaan dimulakan. Hasil daripada keprihatinan ahli-ahli yang hadir membawa buah tangan, berbagai jenis makanan telah dapat dihidangkan. Kesemua Ahli-ahli KBU menjamu selera  sambil bergurau senda sesama mereka.Selepas itu, sesi 'Ice Breaking' telah dilakukan bagi mengenali ahli-ahli KBU yang hadir dengan lebih dekat lagi. Bagi sesi 'Ice Breaking' ini, pertanyaaan yang sering dilontarkan oleh ahli KBU adalah "Kenapa Anda Berbelog???". Akhirnya majlis telah tamat dengan jayanya lebih kurang jam 5 petang...

Tuan rumah : Erika, Tatia & Onie (dari kiri)
barisan belakang : Dek Nazzs, Cik Gksb (Founder) & K. Adish Shida


Geng yang paling ramai pengikut.......Geng 'Ungu'


Geng dapur merangkap Geng Luar Rumah hehe!


 Errrr.....yang nie tak tau Geng mana..????



Menjamu Selera Sambil Beramah Mesra ^_^



 Sesi "Ice Breaking" (",)




Selesai Suda....Mau Berangkat Pulang....." Terima Kasih Semua ^_^ "

Jom terjah yang dah buat Entri :

Hajar Rasdi 
Munet da Minerelisme
Cik Gksb 
Syukri Hassan
Erin Azizan


P/S : Minta maaf kalau ada salah dan silap......


~ Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke ~

Haa..... tengok tajuk entri macam bahasa jepun ja kan.... ^_^ yang sebenarnya memang bahasa jepun pown hehe! perkataan-perkataan tersebut merupakan salah satu kaedah pengurusan yang akan/sedang dilaksanakan di pejabat aku sekarang ni. Amalan 5S ini dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas & selamat....Jadi sekarang ni pejabat yang aku bekerja sedang dalam proses untuk melaksakan Amalan 5S ni la..

Matlamat Amalan 5S
Mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

Apa itu 5S??

1. Seiri = Sisih 
Pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.

2. Seiton = Susun 
Kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan & selamat.

3. Seiso = Sapu 
Tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan.

4. Seiketsu = Seragam 
Sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturanya. Dilaksanakan dengan mewujudkan keseragaman prosedur,susun atur & piawai.

5. Shitsuke = Sentiasa Amal
Usaha mengekalkan 4 amalan 5S yang di atas di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di Premis Jabatan/Agensi.


Budak nie Pulun duk mewarna.....Hehe!


 Nie Laci setelah dilabel........


 PC pown kena jugak........huhu~



Ruang Pejabat di mana Mikro kerja... Perasan dak dekat lampu tu ada 'tag' jugak.... hahaha!
 




P/S : Sebab apa aku buat entri pasal benda nie... ??? Haa.. Sendiri Pikir la....




Thursday, April 21, 2011

~ InaRovi - Pelangi Hati ~

Duk layan Youtube semalam, tetiba terjumpa video lagu neh huhu! aku post dkt blog aku nie sebab aku nk share la dengan hangpa semua....  nak tengok jugak apa komen dari hangpa berkenaan video nie ^_^



 InaRovi  - Pelangi Hati  

apa kabar kamu di sana
masih teringat kepadaku
ku tunggu dirimu
*
senyumlah untuk hari ini
hidupmu akan lebih baik
yakinlah pada cinta
**
hidup ini indah penuh canda tawa
lagu untuk dirimu
rintik-rintik hujan membasahi bumi
seperti hatiku yang merindukanmu
kalau saja ada dirimu di sini
kamu kamu kamu kamu kamu kamu lagi kamu
kau pelangi hati (pelangi hati) ow ow (pelangi hati)
pelangi hati (pelangi hati) huuu
repeat *, **

rintik-rintik hujan membasahi bumi
seperti hatiku yang merindukanmu
kalau saja ada dirimu di sini
kamu kamu kamu kamu kamu kamu lagi kamu
kau pelangi hati
(rintik-rintik hujan membasahi bumi
seperti hatiku yang merindukanmu)
kalau saja ada dirimu di sini
kamu kamu kamu kamu kamu kamu lagi kamu
rintik-rintik hujan membasahi bumi
seperti hatiku yang merindukanmu
kalau saja ada dirimu di sini
kamu kamu kamu kamu kamu kamu kamu kamu
kamu kamu kamu kamu kamu kamu lagi kamu
kau pelangi hati huu huu
kau pelangi hati, kau pelangi hati



P/S : 5S, K.I.K & macam-macam lagi....adeh........... serabut betul.....


Tuesday, April 19, 2011

~ Sesi Rileks Minda 37 ~

Bapa Siapa Paling Pantas... 

Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan...

Budak A "Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa"
Budak B dan Budak C menjawab "Bapak kami pun ahli sukan jugak".


Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan...

Budak A meneruskan cerita.. "Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ke tanah "

"Itu tak heran" kata Budak B "Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru
tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini” kata Budak C." Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.30 petang, pukul 3.00 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari."



Asrama 

Hari pertama mendaftarkan diri di sebuah kolej, Dekan dengan tegasnya menyatakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi. Sehinggalah sampai pada peraturan tentang asrama. Asrama Putri adalah kawasan larangan buat mahasiswa, dan Asrama Putra adalah kawasan larangan untuk mahasiswi.

Barang sesiapa yang didapati melanggarnya akan dikenakan denda RM.50.00, Bagi yang ditangkap kerana kesalahan sama sebanyak dua kali, dendanya RM100.00-. Kalau kali yang ketiga, didenda RM180.00,-. = Faham! Ada apa-apa pertanyaan? tegasnya. Ada Tuan, salah seorang mahasiswa lelaki berkata sambil mengangkattangan kidalnya, Berapa yang saya mesti bayar, untuk tinggal di Asrama Putri selama satu semester?
 
 


P/S : Baruku kenal erti kehidupan yang sebenar.....^_^


Monday, March 28, 2011

~ KBU & CKT Sg. Dua ~

Sunday, March 27, 2011

~ Gath KBU - Sempoi, Gempak & Terbaeekkk!!! ~

Baru sempat nak buat entri pasal gath KBU yang diadakan di Tanjung Asam, Pulau Pinang pada 26/03/11 iaitu hari sabtu. Tiada kata yang aku dapat ungkapkan untuk gathering KBU yang aku p neh.. memang gempak abis arrr..... 1st time aku join gath yang best macam nie. Cuma cuaca tidak menyebelahi kami pada hari tersebut... Hujan sepanjang hari... sedikit sebanyak menurunkan peratus ke'gempak'kan yang sepatutnya sampai ke tahap maksimum haha! Ahli-ahli KBU yang join gath nie memang sempoi-sempai abis... sampai aku naik sogan pown ada...

Yang neh geng blogger gadis/perempuan/wanita yang hadir


Yang ni pulak geng Blogger Lelaki/Jejaka/Teruna huhu~
 
 
 Nie regu campuran....tapi tak berapa balance kot haha!
 
 
geng-geng yang selalu memeningkan aku...... Dari kiri Onie Iyoko , Erika Rain, Aku, & Tatia Bulat


Pic nie nampak smart, ada seni haha! Thanks kepada Inchik Eman.
Apa yang aku tengah buat..??? buat tak tau sudah.... 
 
 
 Safee Sali kah itu???? hahaha!
 
 
 Geng "Double Trouble" KSP & Muhd Fadil


 Antara makanan yang dihidangkan....gambaq satay x sempat ambik!!! dh abis...huhu~

.
.
.
.
Cukup la dulu kowt...klu ikut nak share gambaq, memang penuh blog aku neh hehe!


Secara Keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan perjumpaan ahli-ahli KBU nie, Terima kasih diucapkan kepada Cik Gksb selaku Founder KBU dan jugak organizer untuk Gathering kali nie... Tak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak bagi menjayakan perjumpaan nie.. Lain kali kalau nak buat habaq naa... nak join lagi... hahaha!


P/S : Ingat naaa... saya mikro KOKUS bukan mikro KUKUS hahaha! Makaceh...=)



 

~ Gath KBU - Sempoi, Gempak & Terbaeekkk!!! ~

Baru sempat nak buat entri pasal gath KBU yang diadakan di Tanjung Asam, Pulau Pinang pada 26/03/11 iaitu hari sabtu. Tiada kata yang aku dapat ungkapkan untuk gathering KBU yang aku p neh.. memang gempak abis arrr..... 1st time aku join gath yang best macam nie. Cuma cuaca tidak menyebelahi kami pada hari tersebut... Hujan sepanjang hari... sedikit sebanyak menurunkan peratus ke'gempak'kan yang sepatutnya sampai ke tahap maksimum haha! Ahli-ahli KBU yang join gath nie memang sempoi-sempai abis... sampai aku naik sogan pown ada...

Yang neh geng blogger gadis/perempuan/wanita yang hadir


Yang ni pulak geng Blogger Lelaki/Jejaka/Teruna huhu~
 
 
 Nie regu campuran....tapi tak berapa balance kot haha!
 
 
geng-geng yang selalu memeningkan aku...... Dari kiri Onie Iyoko , Erika Rain, Aku, & Tatia Bulat


Pic nie nampak smart, ada seni haha! Thanks kepada Inchik Eman.
Apa yang aku tengah buat..??? buat tak tau sudah.... 
 
 
 Safee Sali kah itu???? hahaha!
 
 
 Geng "Double Trouble" KSP & Muhd Fadil


 Antara makanan yang dihidangkan....gambaq satay x sempat ambik!!! dh abis...huhu~

.
.
.
.
Cukup la dulu kowt...klu ikut nak share gambaq, memang penuh blog aku neh hehe!


Secara Keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan perjumpaan ahli-ahli KBU nie, Terima kasih diucapkan kepada Cik Gksb selaku Founder KBU dan jugak organizer untuk Gathering kali nie... Tak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak bagi menjayakan perjumpaan nie.. Lain kali kalau nak buat habaq naa... nak join lagi... hahaha!


P/S : Ingat naaa... saya mikro KOKUS bukan mikro KUKUS hahaha! Makaceh...=)



 

LinkWithin