Pages

banner

Followers

Saturday, April 23, 2011

~ MiniGath a.k.a Gath Raya hahaha! ~


Taman Pauh Jaya, Hari ini (23/04/2011) - Terdapat sekumpulan blogger-blogger yang menggelarkan diri mereka sebagai "Kami Blogger Utagha (KBU) " telah mengadakan satu perjumpaan yang melibatkan hampir 30 orang blogger (agak2 ja neh :p) dekat sini, pagi tadi. Adalah dimaklumkan juga bahawa perjumpaan tersebut dibuat bertujuan untuk meraikan geng KBU iaitu Onie Iyoko, Tatia Bulat & Erika rain yang akan berangkat pulang ke kampung/bandar halaman masing-masing setelah selesai sesi pengajian mereka di IPTA yang berdekatan serta meraikan ulang tahun kelahiran Adam Zulhilmi yang ke-....( lupa la pulak )

Majlis tersebut telah bermula seawal jam 11 pagi (aku sampai 11.30 kalau tak silap). Setibanya di tempat kejadian, kelihatan beberapa orang perempuan/wanita/gadis sedang melakukan sesuatu di luar rumah. Setelah siasatan dibuat, didapati mereka sedang memanggang ayam untuk dihidangkan kepadaahli-ahli KBU yang telah dijemput. Kelainan yang dapat dilihat pada majlis tersebut adalah setiap ahli yang hadir digalakkan membawa buah tangan ( makanan ) untuk dijadikan hidangan. Antara kelainan lain adalah, setiap ahli yang hadir perlulah berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu berbaju melayu bagi blogger lelaki dan berbaju kurung bagi yang perempuan. Tahap peratusan yang telah mengikut tema adalah amat memberangsangkan iaitu melebihi 90%. Ini menunjukkan kesemua ahli-ahli KBU sepakat & bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Lebih kurang jam 2.00 petang, Jamuan bagi majlis yang berkenaan dimulakan. Hasil daripada keprihatinan ahli-ahli yang hadir membawa buah tangan, berbagai jenis makanan telah dapat dihidangkan. Kesemua Ahli-ahli KBU menjamu selera  sambil bergurau senda sesama mereka.Selepas itu, sesi 'Ice Breaking' telah dilakukan bagi mengenali ahli-ahli KBU yang hadir dengan lebih dekat lagi. Bagi sesi 'Ice Breaking' ini, pertanyaaan yang sering dilontarkan oleh ahli KBU adalah "Kenapa Anda Berbelog???". Akhirnya majlis telah tamat dengan jayanya lebih kurang jam 5 petang...

Tuan rumah : Erika, Tatia & Onie (dari kiri)
barisan belakang : Dek Nazzs, Cik Gksb (Founder) & K. Adish Shida


Geng yang paling ramai pengikut.......Geng 'Ungu'


Geng dapur merangkap Geng Luar Rumah hehe!


 Errrr.....yang nie tak tau Geng mana..????



Menjamu Selera Sambil Beramah Mesra ^_^



 Sesi "Ice Breaking" (",)




Selesai Suda....Mau Berangkat Pulang....." Terima Kasih Semua ^_^ "

Jom terjah yang dah buat Entri :

Hajar Rasdi 
Munet da Minerelisme
Cik Gksb 
Syukri Hassan
Erin Azizan


P/S : Minta maaf kalau ada salah dan silap......


No comments:

Post a Comment

LinkWithin