Pages

banner

Followers

Saturday, April 23, 2011

~ Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke ~

Haa..... tengok tajuk entri macam bahasa jepun ja kan.... ^_^ yang sebenarnya memang bahasa jepun pown hehe! perkataan-perkataan tersebut merupakan salah satu kaedah pengurusan yang akan/sedang dilaksanakan di pejabat aku sekarang ni. Amalan 5S ini dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas & selamat....Jadi sekarang ni pejabat yang aku bekerja sedang dalam proses untuk melaksakan Amalan 5S ni la..

Matlamat Amalan 5S
Mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

Apa itu 5S??

1. Seiri = Sisih 
Pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.

2. Seiton = Susun 
Kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan & selamat.

3. Seiso = Sapu 
Tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan.

4. Seiketsu = Seragam 
Sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturanya. Dilaksanakan dengan mewujudkan keseragaman prosedur,susun atur & piawai.

5. Shitsuke = Sentiasa Amal
Usaha mengekalkan 4 amalan 5S yang di atas di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di Premis Jabatan/Agensi.


Budak nie Pulun duk mewarna.....Hehe!


 Nie Laci setelah dilabel........


 PC pown kena jugak........huhu~



Ruang Pejabat di mana Mikro kerja... Perasan dak dekat lampu tu ada 'tag' jugak.... hahaha!
 




P/S : Sebab apa aku buat entri pasal benda nie... ??? Haa.. Sendiri Pikir la....




No comments:

Post a Comment

LinkWithin