Pages

banner

Followers

Tuesday, April 19, 2011

~ Sesi Rileks Minda 37 ~

Bapa Siapa Paling Pantas... 

Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan...

Budak A "Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa"
Budak B dan Budak C menjawab "Bapak kami pun ahli sukan jugak".


Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan...

Budak A meneruskan cerita.. "Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ke tanah "

"Itu tak heran" kata Budak B "Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru
tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini” kata Budak C." Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.30 petang, pukul 3.00 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari."



Asrama 

Hari pertama mendaftarkan diri di sebuah kolej, Dekan dengan tegasnya menyatakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi. Sehinggalah sampai pada peraturan tentang asrama. Asrama Putri adalah kawasan larangan buat mahasiswa, dan Asrama Putra adalah kawasan larangan untuk mahasiswi.

Barang sesiapa yang didapati melanggarnya akan dikenakan denda RM.50.00, Bagi yang ditangkap kerana kesalahan sama sebanyak dua kali, dendanya RM100.00-. Kalau kali yang ketiga, didenda RM180.00,-. = Faham! Ada apa-apa pertanyaan? tegasnya. Ada Tuan, salah seorang mahasiswa lelaki berkata sambil mengangkattangan kidalnya, Berapa yang saya mesti bayar, untuk tinggal di Asrama Putri selama satu semester?
 
 


P/S : Baruku kenal erti kehidupan yang sebenar.....^_^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin