Seorang yang periang akan mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan orang lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dalam hidup. Mereka biasanya:-
- berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain.
- lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dengan dunia dalam diri mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri.
- lebih suka berbincang dengan orang lain dalam mencapai keputusan sendiri
- lebih banyak bercakap dari mendengar
- berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
- gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis sukan, pesta dan lain-lain
- Happy go lucky dan gemar muzik harmoni dan rancak
Bersifat:-
- lebih suka menyendiri
- sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai
- mudah merasa diketepikan dalam keramaian
- lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendiri
- menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
- seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
Bersifat:-
- mahu jawapan yang pasti dan tepat
- suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
- suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
- mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara yang remeh temeh
- lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
- kurang mempunyai firasat
Sifatnya:-
- gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
- selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
- tidak suka melakukan perkara yang remeh temeh
- gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
- sering memberi jawapan yang berbentuk umum
- gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
- banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
- suka menguji kebolehan orang lain
Bersifat:-
- mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
- sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
- yang penting dia mestilah benar setiap masa
- kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
- baik dalam merancang sebarang kerja dan menguruskan kerja peribadi
- suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan
Bersifat:-
- sering membayang diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan kehendak dan kesukaan orang lain
- dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang lain rasa dan bukan apa yang betul
- suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
- tidak gemar menyampaikan perkara buruk kepada orang lain
- akan melakukan apa sahaja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain.
P/S : Gambar sekadar hiburan semata-mata.... hehe! ^_^
semua di atas I ada..mix mix.camana ntah :|
ReplyDeletebetul ka? kalau mcm tu kira normal la.. hahaha! rsnya kebnykkan org mesti ada campur2 punya...
ReplyDelete