Pages

banner

Followers

Thursday, June 17, 2010

~ Kenali Personaliti Anda Melalui Sikap/Sifat ~

a) Personaliti Periang
Seorang yang periang akan mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan orang lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dalam hidup. Mereka biasanya:-
  1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain. 
  2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dengan dunia dalam diri mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri. 
  3. lebih suka berbincang dengan orang lain dalam mencapai keputusan sendiri 
  4. lebih banyak bercakap dari mendengar 
  5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah 
  6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis sukan, pesta dan lain-lain 
  7. Happy go lucky dan gemar muzik harmoni dan rancak
b) Personaliti Pendiam
 Bersifat:-
  1. lebih suka menyendiri 
  2. sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai 
  3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian 
  4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendiri 
  5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu 
  6. seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
c) Personaliti Perasa
Bersifat:-
  1. mahu jawapan yang pasti dan tepat 
  2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak 
  3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak 
  4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara yang remeh temeh 
  5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu 
  6. kurang mempunyai firasat
d) Personaliti Peramal
Sifatnya:-
  1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa 
  2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru 
  3. tidak suka melakukan perkara yang remeh temeh 
  4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut 
  5. sering memberi jawapan yang berbentuk umum 
  6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa 
  7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan 
  8. suka menguji kebolehan orang lain
e) Personaliti Pemikir
Bersifat:-
  1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang 
  2. sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik 
  3. yang penting dia mestilah benar setiap masa 
  4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik 
  5. baik dalam merancang sebarang kerja dan menguruskan kerja peribadi 
  6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan
f) Personaliti Sensitif
Bersifat:-
  1. sering membayang diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan kehendak dan kesukaan orang lain 
  2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang lain rasa dan bukan apa yang betul 
  3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan 
  4. tidak gemar menyampaikan perkara buruk kepada orang lain 
  5. akan melakukan apa sahaja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain.


P/S : Gambar sekadar hiburan semata-mata.... hehe! ^_^

2 comments:

  1. semua di atas I ada..mix mix.camana ntah :|

    ReplyDelete
  2. betul ka? kalau mcm tu kira normal la.. hahaha! rsnya kebnykkan org mesti ada campur2 punya...

    ReplyDelete

LinkWithin