Pages

banner

Followers

Thursday, March 10, 2011

~ Rojak 'Tonggek' Punya Hal.... ~

Haha! tengok ja tajuk nampak macam kurang sopan kot... kepada sesiapa yang berasa sedemikian, aku nak mintak maap banyak-banyak la... memang nama rojak tu macam tu, nak buat macam mana huhu!  Nak dijadikan cerita, semasa sedang melakukan tugas-tugas di pejabat, ada la sorang kakak tu ajak p cari "rojak tonggek" tu untuk sepupu dia yang sedang ngidam. Jadi, tepat ja pukul 5, kami berempat, aku ngan member bersama-sama 2 orang kakak di opis aku tu pun bergegas pulang nak p mencari rojak tu. Kami memang balik sama-sama kalau aku bawak keta p opis. Maka, bergeraklah kami ke tempat yang berkenaan seperti yang dikhabarkan oleh orang ramai...haha!

Lebih kurang jam 6.10 petang, kami sampai di Pantai Telok Molek, dekat Telok Air Tawar. Ada Sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan di situ ada 'Rojak Tonggek'. Sampai ja tempat tu, kami terus meng'ushar' sekitar persisisran pantai berkenaan. Cari punya cari...... kami tak jumpa sebarang tanda-tanda terdapat penjualan rojak tu huhu~ 


Lepas tu kami bergerak pulak ke tempat lain yang ada sumber-sumber cakap dekat tempat tu ada rojak. kami pun terus terjah tempat yang berkenaan. Haha! nak p tempat tu hari nie kena la meredah deretan peniaga-peniaga kecik di pasar malam "Taman Tun Dr. Awang"(rasanya kot) dekat ngan Pantai Bersih. Sebenaqnya, aku ingat Pantai Bersih tu dah tak wujud sebab dorang dah buat LLB tu. Rupa-rupanya ada lagi pantai tu. ^_^ Lepas dah redah pasar malam tu, sampai la tempat yang 'depa kata' ada rojak tu. Cari punya cari.....tak dak jugak. Lepas tu kami pun kembali meredah pasar malam tu nak balik. 

Ingatkan dah nak balik la...Last-last sangkut pulak dekat gerai bihun sup di pasar malam tu. Apa lagi, terus order 'Bihun Sup' dulu la makan hahaha! dalam kul 7.00 malam macam tu la baru kami bertolak balik. Memang tak plan langsung ari nie nak jalan-jalan dekat pasar malam tu, lepas tu makan dekat situ dengan 2 orang kakak (bini orang ok!!)...... pakat duk gelak masa makan bihun sup tu haha! 'Rojak Tonggek' punya hal daa.......


P/S : Rojak tonggek tak dapat, last-last beli rojak buah ja bawak balik...... :p

No comments:

Post a Comment

LinkWithin