Pages

banner

Followers

Tuesday, October 5, 2010

~ Sesi Rileks Minda 35 ~

Modenas

Pada suatu hari sedang berjalan-jalan di pekan, Mamat terjumpa seorang awek yang cun. Dia pun tegur awek tu. Awek tu pun menyahut, "Elle, setakat pakai motor buruk tak main lah. Orang nak cari yang ada BMW." Punyalah bengang Mamat tu. Mulai hari tu Mamat pun belajar rajin2 sehingga berjaya jadi engineer dan memakai BMW. Pada suatu hari Mamat terjumpa balik awek yang hina dia tu.


Mamat : Hai, kenal I lagi?
Awek cun : Tak ingat lah.
Mamat : Alla, dulu I ngorat u tapi u sombong. U dah kawin ke.
Awek cun : Dah (sambil menunjukkan suaminya yang sedang menunggang modenas tahun 1997)
Mamat : Aik, kata tak suka yang pakai motor buruk?
Awek cun : Apa nak buat, yg ngorat I semua pakai motor buruk, I kebas je le mana yang ada.
Mamat : Padan muka. Hehehe

 
Pemandu Terbaik

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya. Rahim menurunkan tingkap kereta nya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye Encik, ade ape masalah??

Polis : Erm..takde pape, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik. Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik. Tahniah!erm encik akan buat ape dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu die pun berkata

Rahim : Erm saye rase saya nak gune duit ni untuk wat lesen kereta lah.

Mahmud yang duduk disebelahnya menyampuk percakapan si Rahim.

Mahmud : Oo..encik polis jangan dengar ape yang die kate. Die nie bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kete curi nih!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata Pak!! Pak!! udah sampe ke belom?

 
Barah Otak

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya b**** sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?
Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.


P/S : Senyum Selalu....^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin