Sekali sekala ianya elok untuk baca perkara yang mudah dan indah.
Seorang wanita Cina sering membawa 2 labu besar yang digantung di hujung ke dua belah sebatang kayu yang itu diletak di atas bahunya. Walaupun satu dari labu itu telah retak dan bocor hingga paras air akan surut ke separuh, wanitu itu tetap menggunakan labu itu. Setiap hari selama 2 tahun, wanita itu hanya dapat membawa pulang air sebanyak satu setengah labu.
Maka, tidak menjadi hairan apabila labu yang baik itu merasa bangga dapat digunakan untuk membawa pulang air yang penuh berbanding dengan labu yang retak dan merasakan malu kerana kecacatannya tidak dapat membantu sepenuhnya.
Setelah 2 tahun, labu yang retak itu menyatakan kepada wanita itu: "saya amat hampa dan malu tidak dapat membantu Puan sepenuhnya disebabkan kecacatan diri"
Wanita itu tersenyum dan berkata: "Kamu perasan tak bahawa terdapat banyak pokok bunga di sebelah bahagian dirimu setiap kali kita pulang? Saya memahami ketidaksempurnaan diri mu maka saya menanam pokok pokok itu dengan sengaja agar air yang tumpah dari mu dapat menyiram mereka setiap hati"
"Dan kerana itulah, selama 2 tahun ini, saya telah dapat memetik bunga bunga tersebut untuk menghias rumah. Tanpa (ketidaksempunaan) diri mu, sudah tentu rumah ini tidak dihiasi indah"
Setiap yang dari kita mempunyai ketidaksempurnaan. Namun, ketidaksempurnaan inilah yang menjadi kehidupan kita ini lebih bermakna dan mencabar. Terimalah sesatu individu itu dengan segala kelemahan dan ketidaksempurnaan mereka dan carilah kebaikan yang terdapat.
Kepada semua sahabat yang merasakan tidak sempurna, hadapilah kehidupan ini dengan lebih tabah dan ketahuilah bahawa ketidaksempurnaan itu kesempurnaan tersendiri.
P/S: Gambar Sekadar untuk cuci mata hehe! ^_^
yeah imperfections make things more challenging =)
ReplyDeleteExactly....;)
ReplyDelete