Haaa...... tetiba malam nie rajin pulak nk menulis/meng'update' blog aku yang hampir-hampir bersawang akibat dari faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Merujuk kepada tajuk entri aku kali nie, ianya ditujukan khas kepada diri sendiri hehe! mulai esok aku akan bercuti selama 2 minggu untuk menghadiri 2 kursus yang berasingan. haa...nak tau kursus apa? kalau member-member aku tau, mesti dorang cakap aku nak hadir kursus kahwin hahaha!
Sebenarnya kursus yang aku perlu hadir tu adalah Kursus Induksi Umum & juga Kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Setelah hampir setahun lebih aku kerja dengan gomen nie, baru la aku dipanggil untuk menghadiri Kursus Induksi Umum tu. Kursus tersebut akan bermula Esok (21/02/2011) hingga 25/02/2011 betempat di DSP, pulau pinang. Apa itu DSP?? cuba la cari tengok hehe! kalau orang pulau pinang mesti tau punya. Dengan menghadiri Kursus Induksi Umum ni, lepas ni kira 'sah' la aku bekerja dalam 'gomen' hahaha!
Untuk Kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), ianya akan diadakan di Intan Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani dari 28/02/2011 - 03/03/2011. Kursus nie kena 'apply' dlam laman sesawang INTAN. kalau tak apply memang dorang tak panggil la. Kalau dah 'apply' pun, bukan semua boleh dapat. Kiranya aku neh bertuah la dipilih hehe! Sebab apa aku 'apply' Kursus KIK nie? Sebabnya aku adalah salah seorang ahli dalam Kumpulan Inovatif & Kreatif di jabatan aku (ayat macam dalam borang masa 'apply') haha! Disebabkan ayat tu kot aku dipilih untuk menghadiri kursus tu.
Oleh yang demikian, sebarang aktiviti harian aku seperti ber'FB', ber'blogging, mendownload serta meredah laman sesawang akan dikurangkan...bukan dihentikan ok!!! Sebab apa ianya hanya dikurangkan, bukan dihentikan? sebabnya aku akan balik ke rumah tiap-tiap hari (ulang-alik) selepas tamat kursus hehe! Sekian..... ^_^
Credit to : En.Google untuk gambar-gambar di atas......
P/S : Harap-harap semuanya berjalan lancar...... ^_^